My Blog List

Friday 18 November 2016

5 Tahun Berlalu

Salam.

Dalam tengah melayan khayal kebosanan, tiba-tiba terlintas difikiran untuk membuat blog (untuk kurangkan bosan) dan tak sangka blog lama masih wujud dan masih boleh dibuka..huhuhu..

Seriously, lama betul tak buka blog sendiri. Hampir 5 tahun. Dari masa bujang sampailah dah kahwin beranak 4. Dahsyat. Sebelum ini hanya suka-suka je nak buat blog. Seperti tiada arah tuju. Buat dan baca sendiri. Sendu sangat ini.

Sekarang mungkin nak abadikan sedikit sebanyak kenangan pada warkah maya ini. Mungkin suatu hari jika dipanjangkan umur sehingga meningkat usia, bolehlah flashback melalui sini sahaja. Ingatan manusia ini tak mampu nak mengingati cerita-cerita dan kenangan lama yang dahulu kala, especially diri sendiri yang makin meningkat usia.

InsyaAllah akan berterusan update pada skala yang selaju bayi yang baru boleh merangkak.



Love,
SSR

No comments:

Post a Comment