My Blog List

Friday 18 November 2016

5 Tahun Berlalu

Salam.

Dalam tengah melayan khayal kebosanan, tiba-tiba terlintas difikiran untuk membuat blog (untuk kurangkan bosan) dan tak sangka blog lama masih wujud dan masih boleh dibuka..huhuhu..

Seriously, lama betul tak buka blog sendiri. Hampir 5 tahun. Dari masa bujang sampailah dah kahwin beranak 4. Dahsyat. Sebelum ini hanya suka-suka je nak buat blog. Seperti tiada arah tuju. Buat dan baca sendiri. Sendu sangat ini.

Sekarang mungkin nak abadikan sedikit sebanyak kenangan pada warkah maya ini. Mungkin suatu hari jika dipanjangkan umur sehingga meningkat usia, bolehlah flashback melalui sini sahaja. Ingatan manusia ini tak mampu nak mengingati cerita-cerita dan kenangan lama yang dahulu kala, especially diri sendiri yang makin meningkat usia.

InsyaAllah akan berterusan update pada skala yang selaju bayi yang baru boleh merangkak.



Love,
SSR

Thursday 18 August 2011

:::Belum terlambat Belum terlambat:::

Asslammualaikum..
Yeah, belum terlambat rasanya nak mengucapkan kesyukuran diatas keberkatan Bulan Ramadhan AlMubarak ini. Okeh, sekarang ni sudah menghampiri 10 malam malam yang terakhir. Betulkan? Maka sama samalah kita mencari fadhilatnya.. Antaranya ialah :-

  • 10 MALAM PERTAMA MENCARI RAHMAT DARI ALLAH UNTUK KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
  • 10 MALAM KEDUA MEMOHON AMPUNAN DARI ALLAH ATAS DOSA YANG TELAH DAN AKAN KITA LAKUKAN.
  • 10 MALAM TERAKHIR MEMBEBASKAN DIRI KITA DAN KELUARGA DARI BELENGGU API NERAKA.
sekian dahulu..hehe~